Happy Chinese New Year 2016
Monday, 15 February 2016
Sunday, 24 January 2016
PENEMPATAN GURU BAHARU
Januari 2016 - SJKC Gua Musang telah menerima 3 orang guru baharu bagi menggantikan guru yang telah bertukar ke luar daerah. Semoga dengan kehadiran warga pendidik baharu ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid serta dapat memberi impak positif kepada sekolah dan institusi pendidikan negara.
Monday, 18 January 2016
Wednesday, 6 January 2016
HAPPY NEW YEAR 2016
Selamat menjejaki tahun 2016. Semoga tahun ini memberi impak positif untuk warga SJKC Gua Musang serta ibu bapa pelajar.
Wednesday, 18 November 2015
Pelajar Yang Memperolehi 7A UPSR 2015
17 November 2015 - Seramai 3 orang pelajar yang telah memperolehi keputusan terbaik UPSR, iaitu 7A setelah keputusan peperiksaan keluar kelmarin.
Tuesday, 17 November 2015
HARI PENYAMPAIAN HADIAH SJKCGM
16 November 2015 - Hari Penyampaian Hadiah diadakan khas untuk pelajar-pelajar yang telah mendapat pencapaian cemerlang dalam subjek serta mewakili sekolah dalam aktiviti sekolah yang dinilai secara keseluruhan. Di samping itu juga, majlis ini bertujuan untuk meraikan perpisahan pelajar tahun 6. Pelbagai pertunjukkan dan persembahan yang dihasilkan oleh murid bagi menjadi kenangan terakhir di SJKC Gua Musang.
Wednesday, 7 October 2015
Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah
5 Oktober 2015 - Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan di Dewan SJKC Gua Musang. Jemputan khas tahun ini adalah Maskot Marrybrown Gua Musang.
Tuesday, 6 October 2015
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015
Sambutan Hari Sukan peringkat sekolah merupakan satu program di bawah Kementerian Belia dan
Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul
Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh sekolah
pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti
berganti sempena Aidilfitri yang lalu.
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah, iaitu pada
kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di
negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif
pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik
dikalangan rakyat Malaysia.
Monday, 14 September 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)