Thursday 1 December 2011

Sumbangan kepada semua pelajar

Pengerusi PIBG sekolah menyampaikan sumbangan kepada pelajar.

Hari Kanak-kanak


16/11/2011- Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan di dewan SJK(c) Gua Musang. Di sampaing itu juga majlis ini juga di selitkan dengan majlis bersama pelajar tahun 6 yang akan melangkah ke peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan, majlis ini begitu meriah dengan persembahan pelajar dari tahun1 hingga tahun 6.

Malam Kokurikulum 2011

14/11/2011 - Malam Kokurikulum telah diadakan di dewan SJK(c) Gua Musang, Acara ini berlangsung dengan pelbagai persembahan antaranya persembahan tarian oleh pasukan tarian sekolah, acara ini disambut meriah oleh ibu bapa dan pelajar serta guru-guru.

Persaraan PK1

Tanggal 13/10/2011 merupakan hari terakhir PK1 SJK(c) Gua Musang iaitu Mr. Chee Sien Chen berkhidmat di sekolah, Persaraan beliau di raikan oleh pelajar dan guru serta rakan2 seperjuangan, jasa bakti beliau yang telah di curahkan di sekolah ini akan kami hargai.

Selamat Datang Guru Besar

11/10/2011 - SJK(c) Gua Musang telah menerima kedatangan Guru Besar baru yang bernama Chua Lin Nee yang berasal dari SJK(c) Chung Cheng Kota Bharu, kedatangan beliau disambut meriah oleh guru dan pelajar sekolah, dengan kehadiran beliau dapat mengubah prestasi sekolah ke arah yang lebih baik di masa hadapan.

APC 2011

Seramai 5 orang guru SJK(c) Gua Musang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010, antaranya ialah Wong Suet Ling, Chin Su Ching, Yong Khai Yean, Wong Poh Tien dan Yeap Bee Yen. Anugerah ini diadakan di SMK Sri Wangi.