Monday 16 May 2016

Cerita Selingan Hari Guru

Guru.....

Bila murid duduk.. Cikgu berdiri,
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody,
Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..SELAMAT HARI GURU..

Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah.
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..SELAMAT HARI GURU..

Erti sebenar seorang cikgu
C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya

(Yang ni jangan marah......gurau2.....😝😝😝😝😝😝😝)
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana  dirimu BEGITU BERHARGA.
SELAMAT HARI GURU.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

#Selamat Hari Guru

Cerita Sempena Hari Guru

kisah pelajar dgn guru
pelajar: cikgu nak tnya.. apa bezanya cikgu dgn cicok??
cikgu : cicok ado ekor cikgu takdop...
pelajar: salah cikguu...
cikgu: pastuh gapo beza cikgu dgn cicok??
pelajar: bezanya cicok nekat kt dinding...
cikgu nekat kt hati sy...cia cia ciaa
πŸ˜‚πŸ˜˜
#selamat hari guru...
#terima kasih cikgu kerna mendidik sy

Cerita Lucu Hilangkan Stress

*Kisah kentut ketika mesyuarat guru.*

Tiba2, terdengar bunyi *"phooooott"* disusuli aroma yang kurang enak. Lalu masing2 memberikan komen:

Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2.

Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.

Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup
meneruskan kehidupannya.

Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.

Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata
angin.

Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.

Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya
perang mulut.

*Pengetua* : *Sememangnya saya yang kentut. Besar sgt ke masalahnya?*

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Untuk sekalian.
 Senyum buat sahabat
*"Selamat Hari Guru*

πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

#Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru 16 Mei 2016 kepada semua guru & bekas2 guru yang telah mencurahkan ilmu bakti kepada anak didik sehingga menjadi insan yang cemerlang. Bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa". Terima kasih, cikgu!!!

Sunday 8 May 2016

Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2016

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2016 telah diadakan pada 29 Februari 2016

Majlis Aku Janji 2016

Majlis Aku Janji UPSR telah di adakan pada 9 Mac 2016 bertempat di Pusat Aktiviti
 SJKC Gua Musang