Monday 8 March 2010

MAJLIS MALAM AKUJANJI UPSR 2010 & PENGENALAN BLOG SJKCGM




Pada 24 Feb 2010 (Rabu), SJK (C) Gua Musang telah mengadakan Majlis Akujanji UPSR 2010 untuk semua pelajar tahun 6. Majlis diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyampaikan matlamat pencapaian UPSR 2010 yang ingin dicapai kepada ibu bapa dan pelajar. Majlis dihadiri lebih daripada 150 orang jemputan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan guru. Majlis juga turut dihadiri oleh AJK PIBG sekolah. Dalam majlis tersebut Fasilitator Schoolnet turut menyampaikan penerangan tentang kesedaran dan kepentingan internet kepada pelajar khasnya dan komuniti amnya seterusnya menghebahkan blog sekolah kepada jemputan yang hadir.