Monday 17 January 2011

Latihan Kebakaran


Satu latihan kebakaran yang diadakan di SJK(c) Gua Musang pada 17/01/2011 bagi melatih pelajar dalam mempelajari cara untuk menyelamatkan diri jika berlakunya kebakaran, latihan ini dijalankan setiap tahun oleh guru yang bertugas. latihan ini melibatkan semua murid serta para guru dan pentadbir SJK(c) Gua Musang. Latihan ini berjalan lancar dengan adanya bantuan dari guru-guru pengiring dalam mengawal gerak geri pelajar.

PIBG sekolah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran.

YDP PIBG SJK (c) Gua Musang menyampaikan sumbangan berjumlah RM320 kepada mangsa kebakaran yang terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu seorang perempuan dan dua orang lelaki . Majlis ini berlangsung di tapak perhimpunan sekolah pada 16/01/2011.

YB memberi sumbangan kepada pelajar

YB Abdul Aziz Yusof memberi sumbangan kepada pelajar dalam satu Majlis Gerak Gempur Basmi Kemiskinan dun Galas yang diadakan di dewan Sek Men Tengku Indra Petra 1 Gua Musang. Majlis ini diadakan pada 9Januari2011. Majlis ini melibatkan beberapa orang pelajar SJKC Gua Musang sambil diperhatikan oleh Guru Penolong Kanan 1 SJKC Gua Musang iaitu En Chee Sien Chen.

Pendaftaran Tahun 1 dan Interaksi Ibu Bapa


Pendaftaran tahun 1 dan majlis interaksi Ibu Bapa
anjuran PIBG SJK (c) Gua Musang

Tuesday 4 January 2011

Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011 kepada warga SJKCGM, 3 januari 2011 juga merupakan hari pertama sesi persekolahan. Sesi pendaftaran tahun satu diadakan pada hari Sabtu 29 Disember 2010, sesi pertama persekolahan berjalan lancar. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dengan pendaftaran pelajar baru. Semoga tahun baru ini dapat memberikan semangat bagi warga pendidik dalam memartabatkan pendidikan di sekolah.