Bahawasanya setiap orang murid yang ada di SJK(C)Gua Musang ini mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari aspek sosial, jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dengan itu, seluas-luas peluang akan diberikan kepada murid sekolah ini untuk memperkembangkan aspek-aspek itu.
Bahawasanya kami pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan iktisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memperkembangkan secara seimbang dari aspek sosial, jasmani, emosi, rohani dan intelek murid-murid di sekolah ini.