Wednesday 18 November 2015

Pelajar Yang Memperolehi 7A UPSR 2015

17 November 2015 - Seramai 3 orang pelajar yang telah memperolehi keputusan terbaik UPSR, iaitu 7A setelah keputusan peperiksaan keluar kelmarin.



Tuesday 17 November 2015

KEPUTUSAN UPSR

PENANTIAN KEPUTUSAN UPSR BAGI PELAJAR TAHUN 6 2015
KEPUTSAN HARI INI!!!!!
17 NOVEMBER 2015

HARI PENYAMPAIAN HADIAH SJKCGM

16 November 2015 - Hari Penyampaian Hadiah diadakan khas untuk pelajar-pelajar yang telah mendapat pencapaian cemerlang dalam subjek serta mewakili sekolah dalam aktiviti sekolah yang dinilai secara keseluruhan. Di samping itu juga, majlis ini bertujuan untuk meraikan perpisahan pelajar tahun 6. Pelbagai pertunjukkan dan persembahan yang dihasilkan oleh murid bagi menjadi kenangan terakhir di SJKC Gua Musang.


Wednesday 7 October 2015

Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah

5 Oktober 2015 - Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan di Dewan SJKC Gua Musang. Jemputan khas tahun ini adalah Maskot Marrybrown Gua Musang.


Tuesday 6 October 2015

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015

Sambutan Hari Sukan peringkat sekolah merupakan satu program di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh sekolah pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti sempena Aidilfitri yang lalu.
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah, iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Monday 14 September 2015

Sambutan Hari Kebangsaan 2015


14 September 2015 - Sambutan Hari Kebangsaan telah di adakan di Dewan Besar SJKC Gua Musang.

Wednesday 22 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

18 Julai 2015 - Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar dan guru yang beragama Islam. Cuti sekolah bermula pada 15 Julai 2015 sehingga 21 Julai 2015. Diharap berhati-hati  dikala pulang ke kampung dan kembali bertugas.

Thursday 9 July 2015

Hari Terbuka Peringkat Sekolah

Hari Terbuka peringkat sekolah telah diadakan pada 28 Jun 2015. Hari ini merupakan hari di mana ibu bapa hadir ke sekolah bagi bertemu mata dengan guru p&p murid. Ini adalah untuk mengetahui keputusan peperiksaan murid serta berbincang cara untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

Bengkel Peningkatan UPSR Bahasa Melayu 2015


Bengkel Peningkatan UPSR Bahasa Melayu 2015 telah diadakan pada 14 Jun 2015 bertempat di makmal komputer SJKC Gua Musang.

Bengkel Peningkatan UPSR Bahasa Inggeris 2015


Bengkel Peningkatan UPSR 2015 telah diadakan pada 1 Jun 2015 bertempat di makmal komputer SJKC Gua Musang

Bengkel Peningkatan Sains UPSR 2015


Bengkel Peningkatan Sains UPSR 2015 telah diadakan pada 31 Mei 2015 bertempat di makmal komputer SJKC Gua Musang.

Monday 18 May 2015

Selamat Hari Guru 2015







Sambutan Hari Guru 2015 telah diadakan pada 18 Mei 2015 bertempat di Dewan SJKC Gua Musang.

Thursday 30 April 2015

Majlis Aku Janji Pelajar Tahun 6









Tuesday 24 February 2015

Tahun Baru Cina 2015













Musibah Banjir 2014/2015