Monday 18 November 2013

School Holidays..

14 November 2013 tarikh akhir persekolahan sesi 2013. Murid-murid bercuti panjang selama sebulan lebih untuk masuk ke sesi persekolahan tahun hadapan. Selamat Bercuti kepada murid sekalian..

Hari Terbuka Peringkat Sekolah


g
Hari Terbuka Peringkat sekolah tahun 2013

Malam Kokurikulum 2013

Malam Kokurikulum SJKC Gua Musang telah di adakan pada 30 Oktober 2013 di dewan besar sekolah.

Pasukan Tarian Sekolah

Pasukan Tarian Sekolah 2013

Monday 30 September 2013

Kem Badan Uniform 2013

Kem Badan Uniform SJKC Gua Musang telah mengadakan Kem Pendidikan Luar pada 28Ogos2013. Kem ini dijalankan di SJKC Kampung Pulai, Gua Musang. Kem ini disertai oleh pelajar dari Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 29 Ogos2013 di Dewan Besar SJKC Gua Musang. Majlis diselitkan dengan acara pertunjukan fesyen pakaian kebangsaan dan pakaian rasmi agama yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah ini. Majlis berjalan dengan lancar.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SJKCGM 2013


 Sambutan Hari Raya Aidilfitri SJKCGM diadakan pada 27Ogos2013.

Wednesday 22 May 2013

Sambutan Hari Guru



21 Mei 2013 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di Dewan SJKC Gua Musang. Pelbagai acara yang diselitkan dalam sambutan ini. Antaranya adalah permainan bola tampar, bola keranjang dan sukaneka.

Merentas Desa

27 April 2013 - Acara merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada hari Sabtu. Murid yg menyertai acara ini diarahkan melalui jalan perkampungan Kampung Baru Gua Musang.

Mesyuarat PIBG

10 mac 2013 - Mesyuarat agung PIBG yang diadakan di SJKC Gua Musang. Semua guru terlibat.

PERADUAN TAHUN BARU CINA


17 Februari 2013 - Satu peraduan telah di adakan bagi murid2 SJKC Gua Musang yang bertemakan Tahun Baru Cina. Acara ini disertai oleh semua murid, hasil daripada peraduan ini iaitu gubahan2 akan di pamerkan di dalam kelas masing2.

Wednesday 20 February 2013

Sambutan Tahun Baru Cina


Pada 6 Februari 2013, Sambutan Hari Tahun Baru Cina di adakan di SJKCGM, Semua palaja dan guru terlibat dalam menjayakan sambutan ini, dalam sambutan ini di adakan pelbagai acara antaranya ucapan dari pentadbir, nyanyian lagu, tulisan kaligrafi dan lain-lain lagi, sambutan ini sengguh meriah dan mendapat sambutan daripada pihak sekolah dan ibu bapa.

Majlis Maulidurassul

Pada 5 Februari 2013, SJKC Gua Musang telah mengadakan majlis Sambutan Maulidurassul peringkat SJKC/SK Gua Musang, Sambutan ini di hadiri oleh semua pelajar melayu di SJKCGM dan bergabung dengan warga SK Gua Musang, Majlis berlangsung selama 1 hari persekolahan.

Latihan Kebakaran

Pada 4 Februari 2013, satu latihan kebakaran telah di adakan di SJKC Gua Musang, Latihan ini bertujuan untuk melatih murid-murid dan guru dalam mempersiapkan diri apabila dalam waktu kecemasan, beberapa cara dan laluan yang di berikan oleh guru yang bertugas dalam mengharungi detik-detik kecemasan. Kesimpulannya, latihan ini memang berkesan pada murid di sekolah ini..

Bantuan Awal Persekolahan

Pada 30.01.2013, SJKC Gua Musang telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan, majlis ini berlangsung di dewan SJKC Gua Musang pada waktu petang. Penyampaian wang bantuan ini dihadiri oleh Yb Ab Aziz Yusoff (Adun Galas).

Ceramah Kesedaran

Pada 17 Januari 2013, SJKC Gua Musang telah mengadakan ceramah kesedaran untuk pelajar di sekolah, Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah untuk memberi ceramah berkenaan.

Sunday 20 January 2013

Pentadbir SJKC Gua Musang 2014


Pn. Law Yin Sim
Guru Besar

Pn. Ng Yeam Tiang
Penolong Kanan Pentadbiran (PK1)

Pn. Lee Huan Eng
Penolong Kanan Hem (PK HEM)

Pn. Tan Giok Hoon
Penolong Kanan Kokurikulum (PK KO)











Last moment in SJKC GUA MUSANG

Pn. Owi Shie Lee bertukar ke SJKC CHUNG HWA, Temangan, Kelantan.

Cik Wong Lee Meng bertukar ke SJKC PEIR CHIH, Kota Bharu, Kelantan

Tanggal 15 Januari 2013, dua orang guru di SJKC Gua Musang telah bertukar ke SJKC Chung Hwa dan SJKC Peir Chih. Pertukaran beliau merupakan satu kehilangan yang besar di mana beliau merupakan seorang guru yang peramah dan mempunyai sikap penyayang pada murid-murid. Diharap penghijrahan beliau ke sekolah baharu dapat meningkatkan lagi prestasi PdP di sekolah tersebut. Good Luck..

Tuesday 1 January 2013

Majlis Orientasi pelajar tahun 1

Majlis Pendaftaran & Oriantasi pelajar tahun 1 2013 telah di adakan pada 31 Disember 2012 bertempat di Pusat Aktiviti SJKC Gua Musang,  Di dalam majlis ini di selitkan dengan taklimat oleh Pn. Teh Bee Gaik (Guru Besar) berkenaan dengan peraturan-peraturan dan guru matapelajaran di sekolah yang perlu di ambil tahu oleh pelajar dan ibu bapa. Di harap dengan peraturan yang di berikan oleh pihak sekolah dapat mendisiplinkan pelajar-pelajar di SJKC Gua Musang.

新年快乐

Kami warga SJKC Gua Musang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013, semoga tahun baru ini akan mengubah tahap kecemerlangan dan kegemilangan SJKC Gua Musang ke arah yang lebih tinggi dan meningkat.

Majlis penyampaian Saguhati dari PIBG kepada pelajar cemerlang UPSR 2012

Majlis penyampaian saguhati dari pihak PIBG kepada pelajar cemerlang UPSR pada 24 November 2012. Majlis ini berlangsung di Pusat Aktiviti SJKC Gua Musang.