Thursday 1 December 2011

Sumbangan kepada semua pelajar

Pengerusi PIBG sekolah menyampaikan sumbangan kepada pelajar.

Hari Kanak-kanak


16/11/2011- Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan di dewan SJK(c) Gua Musang. Di sampaing itu juga majlis ini juga di selitkan dengan majlis bersama pelajar tahun 6 yang akan melangkah ke peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan, majlis ini begitu meriah dengan persembahan pelajar dari tahun1 hingga tahun 6.

Malam Kokurikulum 2011

14/11/2011 - Malam Kokurikulum telah diadakan di dewan SJK(c) Gua Musang, Acara ini berlangsung dengan pelbagai persembahan antaranya persembahan tarian oleh pasukan tarian sekolah, acara ini disambut meriah oleh ibu bapa dan pelajar serta guru-guru.

Persaraan PK1

Tanggal 13/10/2011 merupakan hari terakhir PK1 SJK(c) Gua Musang iaitu Mr. Chee Sien Chen berkhidmat di sekolah, Persaraan beliau di raikan oleh pelajar dan guru serta rakan2 seperjuangan, jasa bakti beliau yang telah di curahkan di sekolah ini akan kami hargai.

Selamat Datang Guru Besar

11/10/2011 - SJK(c) Gua Musang telah menerima kedatangan Guru Besar baru yang bernama Chua Lin Nee yang berasal dari SJK(c) Chung Cheng Kota Bharu, kedatangan beliau disambut meriah oleh guru dan pelajar sekolah, dengan kehadiran beliau dapat mengubah prestasi sekolah ke arah yang lebih baik di masa hadapan.

APC 2011

Seramai 5 orang guru SJK(c) Gua Musang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010, antaranya ialah Wong Suet Ling, Chin Su Ching, Yong Khai Yean, Wong Poh Tien dan Yeap Bee Yen. Anugerah ini diadakan di SMK Sri Wangi.

Tuesday 4 October 2011

UPSR Exam 2011


13/09/2011 - Peperiksaan UPSR bermula..

Monday 5 September 2011

Pertukaran Guru Besar


11 Ogos 2011- Guru Besar SJKCGM telah bertukar ke SJKC Chong Cheng Kota Bharu.

Sunday 10 July 2011

Larian Serentak 1sukan 1murid


Perasmian Larian Serentak 1murid 1sukan telah diadakan pada 2 Julai 2011.

Hari Guru



Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2011 bertempat di dewan SJKCGM, pelbaga acara diadakan dalam menjayakan majlis ini.

Tuesday 14 June 2011

Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru


Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru telah diadakan pd 14/06/2011. Ramai ibu bapa yang hadir untuk berjumpa dengan guru bagi mengetahui prestasi anak2 mereka. Disamping itu juga ibu bapa boleh mengetahui cara yang berkesan untuk mendorong anak2 sewaktu di rumah untuk berjaya. cara ini adalah dengan berjumpa guru Kaunseling di pejabat.

Pertandingan Syarahan


Pertandingan syarahan yang telah diadakan pada 24/05/2011 bertempat di dewan SJK (c) Gua Musang.

Thursday 21 April 2011

Merentas desa Peringkat Sekolah






20/04/2011 - Satu sukan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan di SJKC Gua Musang, antara yang terlibat adalah Jemaah Pengurus, PIBG sekolah dan guru2 dalam mengawal murid bagi menjayakan sukan merentas desa ini.

Tuesday 19 April 2011

Pertandingan Syarahan


Peserta Tahun 3----------------------------------- Peserta Tahun 1


Peserta Tahun 2

19/04/2011 - Satu pertandingan syarahan tahap 1 diadakan di dewan SJKC Gua Musang. Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat pelajar disamping melatih pelajar dalam mengenal bentuk syarahan.

Teknik Menjawab Bahasa Melayu





13/04/2011 - Teknik Menjawab Bahasa melayu bagi pelajar tahun 6(calon UPSR) telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina gua Musang, penceramah jemputan merupakan guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Kota Bharu. Guru yang mengajar subjek bahasa melayu juga terlibat. Ceramah ini berlangsung selama sehari tempoh persekolahan.

Mesyuarat Agung PIBG 2011



30/03/2011 Mesyuarat Agung PIBG 2011 telah dadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang. Antara yang terlibat adalah YDP PIBG, guru-guru serta ibu bapa pelajar.

Monday 18 April 2011

Pertandingan Bercerita Tahap 2


Pertandingan Bercerita Tahap 2 diadakan pada 31/03/2011

Pertandingan Bercerita Tahap 1

Pertandingan bercerita yang berlangsung pada 30/03/2011

Monday 7 March 2011

Pertandingan Menyanyi


Pertandingan menyanyi peringkat sekolah telah di adakan pada 03/03/2011 , pertandingan ini disertai oleh semua pelajar yang di pilih bagi setiap kelas. Perserta yang berjaya akan dinilai dan di pilih dari tempat pertama hingga tempat kelima. Acara ini di jalankan sepanjang sesi persekolahan pada hari itu.

Comic

Promosi Comic di sekolah telah diadakan pada 01/03/2011, semua pelajar sekolah terlibat dalam melancarkan promosi ini, di samping itu juga, pelajar di beri peluang dalam menyertai kuiz yang di sediakan. Ini memberi peluang untuk menambah minat dalam membaca comic.

Malam Akujanji Pelajar Tahun 6



Majlis Tandatangan Akujanji bagi pelajar tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang telah diadakan pada 28/02/2011. Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG SJK(c) Gua Musang (INDUK). Majlis ini melibatkan pelajar dan ibu bapa disamping mengetahui target2 pencapaian yang akan di perolehi oleh anak2. Ini akan memberi semangat pada ibu bapa dan pelajar dalam meningkatkan usaha untuk mencapai target yang di tentukan itu.

Monday 28 February 2011

Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 28.02.2011 bertempat di Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Majlis ini disertai oleh pelajar Islam sjk(c) gua musang berserta Ustaz Nozeri dan pelajar Sekolah Kebangsaan Gua Musang serta semua guru. Atucara majlis ini dijalankan pada jam 7.30pg hingga 1.15ptg.

Sunday 27 February 2011

Teknik menjawab Bahasa Inggeris bagi pelajar UPSR yang diadakan pada 17.02.2011 di Pusat Aktiviti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang.

Thursday 10 February 2011

PERUTUSAN TAHUN BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


10 Februari 2011, Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang disiarkan secara langsung melalui TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Para pelajar dan Guru terlibat dalam menyaksikan dan mendengar perutusan tahun baru 2011.

Monday 17 January 2011

Latihan Kebakaran


Satu latihan kebakaran yang diadakan di SJK(c) Gua Musang pada 17/01/2011 bagi melatih pelajar dalam mempelajari cara untuk menyelamatkan diri jika berlakunya kebakaran, latihan ini dijalankan setiap tahun oleh guru yang bertugas. latihan ini melibatkan semua murid serta para guru dan pentadbir SJK(c) Gua Musang. Latihan ini berjalan lancar dengan adanya bantuan dari guru-guru pengiring dalam mengawal gerak geri pelajar.

PIBG sekolah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran.

YDP PIBG SJK (c) Gua Musang menyampaikan sumbangan berjumlah RM320 kepada mangsa kebakaran yang terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu seorang perempuan dan dua orang lelaki . Majlis ini berlangsung di tapak perhimpunan sekolah pada 16/01/2011.

YB memberi sumbangan kepada pelajar

YB Abdul Aziz Yusof memberi sumbangan kepada pelajar dalam satu Majlis Gerak Gempur Basmi Kemiskinan dun Galas yang diadakan di dewan Sek Men Tengku Indra Petra 1 Gua Musang. Majlis ini diadakan pada 9Januari2011. Majlis ini melibatkan beberapa orang pelajar SJKC Gua Musang sambil diperhatikan oleh Guru Penolong Kanan 1 SJKC Gua Musang iaitu En Chee Sien Chen.

Pendaftaran Tahun 1 dan Interaksi Ibu Bapa


Pendaftaran tahun 1 dan majlis interaksi Ibu Bapa
anjuran PIBG SJK (c) Gua Musang

Tuesday 4 January 2011

Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011 kepada warga SJKCGM, 3 januari 2011 juga merupakan hari pertama sesi persekolahan. Sesi pendaftaran tahun satu diadakan pada hari Sabtu 29 Disember 2010, sesi pertama persekolahan berjalan lancar. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dengan pendaftaran pelajar baru. Semoga tahun baru ini dapat memberikan semangat bagi warga pendidik dalam memartabatkan pendidikan di sekolah.