Sesi Pendaftaran Persekolahan bagi tahun 1 telah di adakan pada 02/01/2012 di SJKCGM, jumlah pelajar yang mendaftar ke Tahun 1 ini terdiri daripada berbilang kaum, dengan ini juga jumlah pendaftaran pelajar tahun ini telah menunjukkan jumlah yang tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. 3 kelas di buka bagi tahun satu.
16/11/2011- Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan di dewan SJK(c) Gua Musang. Di sampaing itu juga majlis ini juga di selitkan dengan majlis bersama pelajar tahun 6 yang akan melangkah ke peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan, majlis ini begitu meriah dengan persembahan pelajar dari tahun1 hingga tahun 6.
14/11/2011 - Malam Kokurikulum telah diadakan di dewan SJK(c) Gua Musang, Acara ini berlangsung dengan pelbagai persembahan antaranya persembahan tarian oleh pasukan tarian sekolah, acara ini disambut meriah oleh ibu bapa dan pelajar serta guru-guru.
Tanggal 13/10/2011 merupakan hari terakhir PK1 SJK(c) Gua Musang iaitu Mr. Chee Sien Chen berkhidmat di sekolah, Persaraan beliau di raikan oleh pelajar dan guru serta rakan2 seperjuangan, jasa bakti beliau yang telah di curahkan di sekolah ini akan kami hargai.
11/10/2011 - SJK(c) Gua Musang telah menerima kedatangan Guru Besar baru yang bernama Chua Lin Nee yang berasal dari SJK(c) Chung Cheng Kota Bharu, kedatangan beliau disambut meriah oleh guru dan pelajar sekolah, dengan kehadiran beliau dapat mengubah prestasi sekolah ke arah yang lebih baik di masa hadapan.
Seramai 5 orang guru SJK(c) Gua Musang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010, antaranya ialah Wong Suet Ling, Chin Su Ching, Yong Khai Yean, Wong Poh Tien dan Yeap Bee Yen. Anugerah ini diadakan di SMK Sri Wangi.