Monday, 7 March 2011

Pertandingan Menyanyi


Pertandingan menyanyi peringkat sekolah telah di adakan pada 03/03/2011 , pertandingan ini disertai oleh semua pelajar yang di pilih bagi setiap kelas. Perserta yang berjaya akan dinilai dan di pilih dari tempat pertama hingga tempat kelima. Acara ini di jalankan sepanjang sesi persekolahan pada hari itu.

Comic

Promosi Comic di sekolah telah diadakan pada 01/03/2011, semua pelajar sekolah terlibat dalam melancarkan promosi ini, di samping itu juga, pelajar di beri peluang dalam menyertai kuiz yang di sediakan. Ini memberi peluang untuk menambah minat dalam membaca comic.

Malam Akujanji Pelajar Tahun 6



Majlis Tandatangan Akujanji bagi pelajar tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang telah diadakan pada 28/02/2011. Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG SJK(c) Gua Musang (INDUK). Majlis ini melibatkan pelajar dan ibu bapa disamping mengetahui target2 pencapaian yang akan di perolehi oleh anak2. Ini akan memberi semangat pada ibu bapa dan pelajar dalam meningkatkan usaha untuk mencapai target yang di tentukan itu.

Monday, 28 February 2011

Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 28.02.2011 bertempat di Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Majlis ini disertai oleh pelajar Islam sjk(c) gua musang berserta Ustaz Nozeri dan pelajar Sekolah Kebangsaan Gua Musang serta semua guru. Atucara majlis ini dijalankan pada jam 7.30pg hingga 1.15ptg.

Sunday, 27 February 2011

Teknik menjawab Bahasa Inggeris bagi pelajar UPSR yang diadakan pada 17.02.2011 di Pusat Aktiviti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang.

Thursday, 10 February 2011

PERUTUSAN TAHUN BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


10 Februari 2011, Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang disiarkan secara langsung melalui TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Para pelajar dan Guru terlibat dalam menyaksikan dan mendengar perutusan tahun baru 2011.

Monday, 17 January 2011

Latihan Kebakaran


Satu latihan kebakaran yang diadakan di SJK(c) Gua Musang pada 17/01/2011 bagi melatih pelajar dalam mempelajari cara untuk menyelamatkan diri jika berlakunya kebakaran, latihan ini dijalankan setiap tahun oleh guru yang bertugas. latihan ini melibatkan semua murid serta para guru dan pentadbir SJK(c) Gua Musang. Latihan ini berjalan lancar dengan adanya bantuan dari guru-guru pengiring dalam mengawal gerak geri pelajar.

PIBG sekolah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran.

YDP PIBG SJK (c) Gua Musang menyampaikan sumbangan berjumlah RM320 kepada mangsa kebakaran yang terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu seorang perempuan dan dua orang lelaki . Majlis ini berlangsung di tapak perhimpunan sekolah pada 16/01/2011.

YB memberi sumbangan kepada pelajar

YB Abdul Aziz Yusof memberi sumbangan kepada pelajar dalam satu Majlis Gerak Gempur Basmi Kemiskinan dun Galas yang diadakan di dewan Sek Men Tengku Indra Petra 1 Gua Musang. Majlis ini diadakan pada 9Januari2011. Majlis ini melibatkan beberapa orang pelajar SJKC Gua Musang sambil diperhatikan oleh Guru Penolong Kanan 1 SJKC Gua Musang iaitu En Chee Sien Chen.

Pendaftaran Tahun 1 dan Interaksi Ibu Bapa


Pendaftaran tahun 1 dan majlis interaksi Ibu Bapa
anjuran PIBG SJK (c) Gua Musang