Monday, 28 February 2011
Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah
Sunday, 27 February 2011
Thursday, 10 February 2011
PERUTUSAN TAHUN BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
10 Februari 2011, Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang disiarkan secara langsung melalui TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Para pelajar dan Guru terlibat dalam menyaksikan dan mendengar perutusan tahun baru 2011.
Monday, 17 January 2011
Latihan Kebakaran
Satu latihan kebakaran yang diadakan di SJK(c) Gua Musang pada 17/01/2011 bagi melatih pelajar dalam mempelajari cara untuk menyelamatkan diri jika berlakunya kebakaran, latihan ini dijalankan setiap tahun oleh guru yang bertugas. latihan ini melibatkan semua murid serta para guru dan pentadbir SJK(c) Gua Musang. Latihan ini berjalan lancar dengan adanya bantuan dari guru-guru pengiring dalam mengawal gerak geri pelajar.
PIBG sekolah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran.
YB memberi sumbangan kepada pelajar
Pendaftaran Tahun 1 dan Interaksi Ibu Bapa
Pendaftaran tahun 1 dan majlis interaksi Ibu Bapa
anjuran PIBG SJK (c) Gua Musang
Tuesday, 4 January 2011
Tahun Baru 2011
Selamat Tahun Baru 2011 kepada warga SJKCGM, 3 januari 2011 juga merupakan hari pertama sesi persekolahan. Sesi pendaftaran tahun satu diadakan pada hari Sabtu 29 Disember 2010, sesi pertama persekolahan berjalan lancar. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dengan pendaftaran pelajar baru. Semoga tahun baru ini dapat memberikan semangat bagi warga pendidik dalam memartabatkan pendidikan di sekolah.
Monday, 8 March 2010
MAJLIS MALAM AKUJANJI UPSR 2010 & PENGENALAN BLOG SJKCGM
Pada 24 Feb 2010 (Rabu), SJK (C) Gua Musang telah mengadakan Majlis Akujanji UPSR 2010 untuk semua pelajar tahun 6. Majlis diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyampaikan matlamat pencapaian UPSR 2010 yang ingin dicapai kepada ibu bapa dan pelajar. Majlis dihadiri lebih daripada 150 orang jemputan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan guru. Majlis juga turut dihadiri oleh AJK PIBG sekolah. Dalam majlis tersebut Fasilitator Schoolnet turut menyampaikan penerangan tentang kesedaran dan kepentingan internet kepada pelajar khasnya dan komuniti amnya seterusnya menghebahkan blog sekolah kepada jemputan yang hadir.
Wednesday, 24 February 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)


