Wednesday, 22 May 2013

Merentas Desa

27 April 2013 - Acara merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada hari Sabtu. Murid yg menyertai acara ini diarahkan melalui jalan perkampungan Kampung Baru Gua Musang.

Mesyuarat PIBG

10 mac 2013 - Mesyuarat agung PIBG yang diadakan di SJKC Gua Musang. Semua guru terlibat.

PERADUAN TAHUN BARU CINA


17 Februari 2013 - Satu peraduan telah di adakan bagi murid2 SJKC Gua Musang yang bertemakan Tahun Baru Cina. Acara ini disertai oleh semua murid, hasil daripada peraduan ini iaitu gubahan2 akan di pamerkan di dalam kelas masing2.

Wednesday, 20 February 2013

Sambutan Tahun Baru Cina


Pada 6 Februari 2013, Sambutan Hari Tahun Baru Cina di adakan di SJKCGM, Semua palaja dan guru terlibat dalam menjayakan sambutan ini, dalam sambutan ini di adakan pelbagai acara antaranya ucapan dari pentadbir, nyanyian lagu, tulisan kaligrafi dan lain-lain lagi, sambutan ini sengguh meriah dan mendapat sambutan daripada pihak sekolah dan ibu bapa.

Majlis Maulidurassul

Pada 5 Februari 2013, SJKC Gua Musang telah mengadakan majlis Sambutan Maulidurassul peringkat SJKC/SK Gua Musang, Sambutan ini di hadiri oleh semua pelajar melayu di SJKCGM dan bergabung dengan warga SK Gua Musang, Majlis berlangsung selama 1 hari persekolahan.

Latihan Kebakaran

Pada 4 Februari 2013, satu latihan kebakaran telah di adakan di SJKC Gua Musang, Latihan ini bertujuan untuk melatih murid-murid dan guru dalam mempersiapkan diri apabila dalam waktu kecemasan, beberapa cara dan laluan yang di berikan oleh guru yang bertugas dalam mengharungi detik-detik kecemasan. Kesimpulannya, latihan ini memang berkesan pada murid di sekolah ini..

Bantuan Awal Persekolahan

Pada 30.01.2013, SJKC Gua Musang telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan, majlis ini berlangsung di dewan SJKC Gua Musang pada waktu petang. Penyampaian wang bantuan ini dihadiri oleh Yb Ab Aziz Yusoff (Adun Galas).

Ceramah Kesedaran

Pada 17 Januari 2013, SJKC Gua Musang telah mengadakan ceramah kesedaran untuk pelajar di sekolah, Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah untuk memberi ceramah berkenaan.

Sunday, 20 January 2013

Pentadbir SJKC Gua Musang 2014


Pn. Law Yin Sim
Guru Besar

Pn. Ng Yeam Tiang
Penolong Kanan Pentadbiran (PK1)

Pn. Lee Huan Eng
Penolong Kanan Hem (PK HEM)

Pn. Tan Giok Hoon
Penolong Kanan Kokurikulum (PK KO)











Last moment in SJKC GUA MUSANG

Pn. Owi Shie Lee bertukar ke SJKC CHUNG HWA, Temangan, Kelantan.

Cik Wong Lee Meng bertukar ke SJKC PEIR CHIH, Kota Bharu, Kelantan

Tanggal 15 Januari 2013, dua orang guru di SJKC Gua Musang telah bertukar ke SJKC Chung Hwa dan SJKC Peir Chih. Pertukaran beliau merupakan satu kehilangan yang besar di mana beliau merupakan seorang guru yang peramah dan mempunyai sikap penyayang pada murid-murid. Diharap penghijrahan beliau ke sekolah baharu dapat meningkatkan lagi prestasi PdP di sekolah tersebut. Good Luck..