Wednesday 7 October 2015

Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah

5 Oktober 2015 - Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan di Dewan SJKC Gua Musang. Jemputan khas tahun ini adalah Maskot Marrybrown Gua Musang.


Tuesday 6 October 2015

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015

Sambutan Hari Sukan peringkat sekolah merupakan satu program di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh sekolah pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti sempena Aidilfitri yang lalu.
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah, iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.