Wednesday 20 February 2013

Sambutan Tahun Baru Cina


Pada 6 Februari 2013, Sambutan Hari Tahun Baru Cina di adakan di SJKCGM, Semua palaja dan guru terlibat dalam menjayakan sambutan ini, dalam sambutan ini di adakan pelbagai acara antaranya ucapan dari pentadbir, nyanyian lagu, tulisan kaligrafi dan lain-lain lagi, sambutan ini sengguh meriah dan mendapat sambutan daripada pihak sekolah dan ibu bapa.

Majlis Maulidurassul

Pada 5 Februari 2013, SJKC Gua Musang telah mengadakan majlis Sambutan Maulidurassul peringkat SJKC/SK Gua Musang, Sambutan ini di hadiri oleh semua pelajar melayu di SJKCGM dan bergabung dengan warga SK Gua Musang, Majlis berlangsung selama 1 hari persekolahan.

Latihan Kebakaran

Pada 4 Februari 2013, satu latihan kebakaran telah di adakan di SJKC Gua Musang, Latihan ini bertujuan untuk melatih murid-murid dan guru dalam mempersiapkan diri apabila dalam waktu kecemasan, beberapa cara dan laluan yang di berikan oleh guru yang bertugas dalam mengharungi detik-detik kecemasan. Kesimpulannya, latihan ini memang berkesan pada murid di sekolah ini..

Bantuan Awal Persekolahan

Pada 30.01.2013, SJKC Gua Musang telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan, majlis ini berlangsung di dewan SJKC Gua Musang pada waktu petang. Penyampaian wang bantuan ini dihadiri oleh Yb Ab Aziz Yusoff (Adun Galas).

Ceramah Kesedaran

Pada 17 Januari 2013, SJKC Gua Musang telah mengadakan ceramah kesedaran untuk pelajar di sekolah, Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah untuk memberi ceramah berkenaan.